Friday 2 February 2018

19 Fakta Vivix Shaklee Wajib Anda Baca!

1 - Apa itu VIVIX?




Ia merupakan suplemen dalam bentuk cecair. Mengandungi bahan-bahan dan khasiat yang telah dibuktikan oleh begitu banyak kajian dan ujian klinikal dapat memberikan kesan positif terhadap empat mekanisma penuaan pada peringkat sel-sel termasuklah :


  • pertahanan sel
  • tenaga sel
  • pemulihan sel
  • prestasi sel


2 - Apa bahan yang terkandung di dalam VIVIX?




Ia mengandungi Resveratrol dan juga campuran proprietari fitonutrien. Dalam memperlahankan proses penuaan pada peringkat sel, campuran fitronutrien ini memperhebatkan lagi sifat antioksidan pada anggur Muscadine, dan telah dibuktikan mempunyai kekuatan SEPULUH kali ganda berbanding jika mengambil Resveratrol sahaja.

3 - Mengapa Shaklee memilih Anggur Muscadine?




4 - Apakah polifenol (polyphenols)?



Terma ini digunakan untuk menerangkan tentang sekumpulan fitonutrien yang mempunyai pelbagai manfaat antioksidan dan juga potensi kesan perlindungan terhadap penuaan sel-sel. Kajian juga mendapati bahawa polifenol mampu untuk memberikan pelbagai efek yang membantu ke arah mengekalkan dan memperbaiki taraf kesihatan manusia.

5 - Apakah Resveratrol?



Resveratrol adalah bahan antioksidan semulajadi yang ditemui pada sebahagian tumbuhan, biji-bijian dan buah-buahan, termasuklah anggur dan juga produk yang dihasilkan daripadanya seperti wain merah (red wine).

Resveratrol merupakan sejenis polifenol yang menurut hasil kajian makmal di seluruh dunia telah didapati mempunyai potensi  dalam memperlahankan penuaan sel-sel dan juga mengaktifkan pengatur utama genetik yang membantu memberi kesan positif kepada DNA, kesihatan sel dan metabolisma.

6 - Berapa banyak Resveratrol yang diberikan oleh VIVIX?



VIVIX memberikan 100 mg Reseveratrol bagi setiap penyediaan (serving). Ekstrak Resveratrol ini mengandungi 98% Resveratrol semulajadi, dan melalui kajian sains terkini,VIVIX adalah melangkaui Resveratrol dengan gabungan bersama polifenol tambahan daripada anggur Muscadine. Hasil kajian makmal mendapati campuran Resveratrol dan polifenol ini adalah 10 kali ganda lebih hebat dalam memperlahankan mekanisma penuaan sel, berbanding oleh Resveratrol semata-mata.


7 - Adakah VIVIX produk antioksidan?



VIVIX mengandungi bahan-bahan polifenol yang didapati telah menunjukkan kesan positif terhadap empat mekanisma penuaan sel, jadi oleh yang demikian VIVIX bukan setakat memberikan sokongan antioksidan sahaja, malah lebih dari itu.

8 - Adakah VIVIX mengandungi Trans-resveratrol atau Cis-resveratrol, dan mengapa ini begitu penting?



VIVIX hanya mengandungi TRANS-RESVERATROL. Ini sangat penting kerana Trans-resveratrol adalah stabil dan mudah diserap oleh tubuh manusia. Sebaliknya, Cis-resveratrol adalah tidak stabil dan sukar diserap. Anda dinasihatkan supaya memerhatikan label dan tidak mengambil sebarang produk Resveratrol yang menggunakan Cis-resveratrol.

Menurut ConsumerLab.Com yang telah menjalankan ujian ke atas beberapa produk Resveratrol di pasaran, Shaklee VIVIX merupakan produk resveratrol dalam bentuk cecair yang pertama melepasi ujian tersebut; kebanyakan produk jenama lain tidak mengandungi Resveratrol sebanyak jumlah yang dinyatakan pada label.

9 - Siapa yang boleh mendapat manfaat VIVIX?



VIVIX diformula khas untuk golongan dewasa yang mengambil berat tentang kesihatan dan penuaan. Ia TIDAK disyorkan untuk ibu mengandung, ibu menyusukan anak ataupun sesiapa saja yang berumur 18 tahun ke bawah.

10 - Bila saya patut ambil VIVIX?



Amalkannya setiap hari, sebaiknya bersama makanan seperti sarapan pagi atau makan tengahari. Goncangkan botol terlebih dahulu dan pengambilan yang disyorkan adalah satu sudu teh sehari.




11 - Bolehkah saya ambil lebih daripada satu sudu teh sehari?



Menurut hasil kajian terkini, tiada perbezaan manfaat antara yang ambil sesudu teh atau lebih dalam sehari.

12- Bolehkah saya ambil VIVIX bersama suplemen Shaklee yang lain?



Ya, sudah tentu. VIVIX boleh diambil bersama suplemen Shaklee yang lain. Idealnya, VIVIX bagus diambil bersama,
Vita-Lea : membantu menampung nutrien penting
NutriFeron : mengandungi fitonutrien yang menyokong sistem imun
Cinch Shakes : menampung keperluan protein untuk memelihara jisim otot

bagi memenuhi kesemua aspek keperluan nutrisi harian ke arah mencapai taraf kesihatan yang lebih baik.

13 - Adakah sebarang langkah berjaga-jaga yang perlu diambil?



Interaksi di antara VIVIX  (atau sebarang bahan-bahan yang terkandung di dalamnya) terhadap suplemen lain tidak diketahui. Tapi kami syorkan kepada mereka yang sedang menerima rawatan ataupun mengambil ubat-ubatan, terutamanya ubat pencair darah, supaya berbincang dengan doktor masing-masing.




* Pesakit yang mengambil ubat WARFARINtidak dibolehkan mengambil VIVIX sepanjang tempoh rawatan.

14 - Adakah VIVIX mengandungi alkohol?



VIVIX TIDAK mengandungi alkohol.

15 - Mengapa VIVIX perlu disejukkan setelah dibuka?



Ini membantu memelihara kesegaran, warna dan aktiviti polifenol di dalamnya secara optimum.

16 - Mengapa produk tidak dihantar dalam keadaan sejuk?



Ujian yang dijalankan terhadap VIVIX, termasuklah penghantaran sebenar di seluruh negara dan juga simulasi di bawah kondisi suhu dan kelembapan yang melampau, mengesahkan bahawa produk kekal dengan kualiti terbaik dalam apa jua kondisi penghantaran.

17 - Bolehkah pembungkusan VIVIX dikitar semula?



Botol dan kotak pembungkus VIVIX boleh dikitar semula.

18 - Adakah VIVIX mengandungi bahan pengawet?



VIVIX tidak mengandungi sebarang pengawet tambahan mahupun bahan tiruan.

19 - Adakah VIVIX halal dan selamat?



Ya, Shaklee memasarkan produk yangdisahkan HALAL di Malaysia dan Indonesia, dan produk yang mendapat pengesahan Kosher untuk pasaran Amerika Syarikat dan Kanada.
Dan data yang diperoleh mengesyorkan bahawa dos Resveratrol sebanyak 30~150mg sehari adalah dianggap selamat kepada manusia (dengan syarat ianya adalah sumber semulajadi dan bukan sintetik).




SEBARANG PERTANYAAN,BOLEH HUBUNGI EINA MELALUI WHATSAP KE NO 
 0 1 1 - 1 0 8 7 9 7 4 3


2 comments: